Saturday, 30 May 2015

SEMINAR BERKAITAN AUTISME DI IPPP, UM (9 MEI 2015, SABTU, 8am - 12pm)

7.am:

  1. Kesemua ahli kumpulan tiba di IPPP bagi memastikan segala keperluan yang akan digunakan adalah lengkap.
  2. USHER, BABY SITTER, AJK GERAI dan AJK PENDAFTARAN mula bergerak ke tempat masing-masing.
7.30 am:
  1. AJK Pendaftaran (saya, Mas dan Sunita serta 3 wakil Autisme Malaysia) mula menyediakan barangan yang akan digunakan semasa pendaftaran.
  2. Antara perkara yang dilakukan adalah:
  • Memberi tiket masuk dan tanda nama kepada peserta dan anak yang akan diberikan di pusat jagaan.
  • Memberi makanan dan sijil kepada peserta.
10.30 am:
  1. Membantu AJK lain seperti:
  • Menjaga kanak-kanak yang berada di pusat jagaan. Di situ, para pakar akan dibantu oleh pelajar (AJK) bagi menjaga mereka. Kanak-kanak di situ turut disediakan dengan pelbagai aktiviti menarik seperti menyanyi dan bermain di dalam kumpulan.
  • Apa yang saya dapati, kanak-kanak Autisme ini adalah berbeza antara satu sama lain. Terdapat kanak-kanak yang agresif (berlari-lari dan menjerit di dalam bilik tersebut, naik dan turun lif, menangis, menjerit dan sebagainya). Manakala, ada pula kanak-kanak yang pasif (hanya duduk dan memerhatikan pergerakan orang disekitarnya). Selain itu, ada pula kanak-kanak yang menangis dan ketakutan akibat terlalu ramai dan bising.


  • Saya juga sempat berada dan menjaga beberapa gerai pameran.
Gerai mewarna juga terdapat di sana. Para pengunjung hanya dikenakan bayaran RM5 sahaja.

Bersama sdr. Afif; seorang pelukis.

 12.30 pm:

  1.  Seminar tamat.


No comments:

Post a Comment