2. Persatuan Autisme Muslim Malaysia (AM) telah ditubuhkan secara rasmi pada 19 Julai 2012. Meskipun terdapat kata 'muslim' , tetapi persatuan ini turut menerima sahabat bukan Islam dan mereka juga dialu-alukan bagi menjadi ahli serta menyertai aktiviti-aktiviti yang diadakan. Keunikan persatuan ini adalah, ianya dikendalikan sepenuhnya oleh ibu bapa yang mempunyai anak Autisme.
3. Objektif utama penubuhan organisasi ini adalah atas kesedaran untuk membela nasib komuniti Autisme dan memberi sokongan kepada ibu bapa dan penjaga dalam mendidik dan membesarkan kanak-kanak istimewa ini.
4. Antara objektif lain bagi penubuhan persatuan ini adalah:
- Berkonsi maklumat dan pendedahan tentang Autisme kepada golongan masyarakat di Malaysia.
- Memperkasa pengetahuan ibu bapa atau penjaga yang mempunyai anak-anak Autisme melalui pendidikan formal dan separa formal melalui seminar, bengkel dan aktiviti kepada anak-anak Autisme.
- Memberi bantuan sumber, sokongan moral dan menjadi entiti yang memberi khidmat nasihat kepada ibu bapa yang memiliki anak Autisme, individu Autisme serta mana-mana organisasi yang mempunyai kaitan dengan mereka.
- Mengadakan aktiviti-aktiviti dan menjalinkan kolaborasi pintar dengan institusi penyelidikan, badan kerajaan atau mana-mana agensi yang berminat untuk bekerjasama membangunkan aspek pendidikan, perubatan dan kebajikan anak Autisme. Malah menerusi kolaborasi ini juga, dapat menjana pendapatan bagi mencapai objektif.
5. Sesiapa sahaja boleh menjadi ahli dalam (AM) dan keahlian terbahagi kepada Ahli Biasa dan Ahli Bersekutu.
- AHLI BIASA: Adalah warganegara Malaysia berusia 18 tahun ke atas dan beragama Islam. Pemohon adalah ibu bapa atau penjaga kepada individu Autistik atau dia adalah seorang Autistik
- AHLI BERSEKUTU: Selain ciri-ciri yang terdapat pada Ahli Biasa.
- Sesiapa yang ingin mendaftar keahlian, boleh melayari lamat berikut: http://www.autisme-malaysia.com/keahlian
6. Antara aktiviti yang sering dilakukan oleh (AM) adalah:
- Kelas Ibu Bapa.
- Ziarah dan Perjumpaan.
- Usrah.
- Riadah dan banyak lagi...
Seandainya ingin mengetahui Autisme dan persatuan ini dengan lebih lanjut, boleh layari laman berikut:
No comments:
Post a Comment