Friday, 29 May 2015

PENGENALAN KEPADA AUTISM.

1. Autism merupakan gangguan perkembangan yang sangat kompleks pada anak-anak dan mula berlaku sebelum mereka mencapai usia tiga tahun. Punca utama Autism adalah gangguan 'neurobiologis' yang telah mempengaruhi fungsi otak mereka dan akibatnya, anak-anak tersebut sukar untuk berinteraksi dan berkomunikasi dengan dunia luar secara efektif.

2.  Antara ciri-ciri yang paling ketara pada mereka adalah:


  • Tidak akan membuat 'eye-contact' apabila bercakap.
  • Mereka tidak mempedulikan orang dan lingkungan di sekitanya. Oleh itu, kebanyakan mereka menolak untuk berkomunikasi dan berinteraksi dengan orang lain. Akibatnya mereka mengalami kesukaran untuk memahami bahasa dan berkomunikasi secara verbal.
  • Kanak-kanak Autism ini boleh dibahagikan kepada 2 kategori iaitu hiperaktif dan pasif.
3. Menurut 'Autism Research Institute' di San Diego, jumlah golongan Autistik semakin meningkat saban tahun.
  • Pada tahun 1987, dianggarkan hanya 1:5000 anak adalah golongan Autistik.
  • Pada tahun 2005 pula, jumlahnya meningkat menjadi 1:160 anak adalah golongan Autistik.
  • Menurut kajiannya juga, golongan Autistik adalah ramai daripada golongan lelaki berbanding perempuan, iaitu dengan anggaran sebanyak 4:1.
  • (http://www.autis.info/index.php/tentang-autisme/apa-itu-autisme)
4. Autisme boleh terjadi pada sesiapa sahaja tapa mengira warna kulit, agama, bangsa dan negara. Memandangkan bilangan golongan ini turut meningkat di Malaysia, maka banyak persatuan yang ditubuhkan bagi meningkatkan kesedaran dan membantu golongan berkenaan beserta keluarga mereka. Salah satu persatuan yang kami pilih bagi menjayakan program ini bersama adalah Persatuan Autisme Muslim Malaysia.





1 comment: