PEMBENTANGAN AKHIR KUMPULAN 5 (29 MEI 2015)
- Pembentangan akhir ini adalah untuk menyimpulkan segala aktiviti dan hasil yang kita dapati daripada aktiviti-aktiviti yang telah dilakukan.
- Memandangkan pembentangan pertama (Proposal) telah dilakukan oleh saya dan Poon, jadi kali ini, kami memilih Asu dan Toh Nyon Nyin bagi membentangkan laporan akhir kami di hadapan penyelia.
REFLEKSI DIRI:
- Berdasarkan aktiviti-aktiviti yang telah dilakukan bersama ahli kumpulan 6 dan Persatuan Autisme Muslim Malaysia, kesimpulan yang dapat saya buat adalah:
- Melalui interaksi antara kanak-kanak Autisme dan keluarga mahupun penjaga mereka, saya kini lebih bersyukur terhadap apa yang saya miliki. Bukan itu sahaja, saya turut terinspirasi dengan segelintir kanak-kanak ini atas bakat yang mereka miliki, dan kekurangan mereka bukan penghalang untuk mereka terus maju dan menonjolkan bakat mereka.
No comments:
Post a Comment