DENGAN INI, BERAKHIR SUDAH TUGAS KAMI BAGI SUBJEK JALINAN MASYARAKAT. SEMOGA SEGALA APA YANG KITA LAKUKAN DAPAT DIAMALKAN PADA MASA AKAN DATANG. SEMOGA BERJAYA ;)
Saturday, 30 May 2015
PEMBENTANGAN AKHIR KUMPULAN 5 (29 MEI 2015)
- Pembentangan akhir ini adalah untuk menyimpulkan segala aktiviti dan hasil yang kita dapati daripada aktiviti-aktiviti yang telah dilakukan.
- Memandangkan pembentangan pertama (Proposal) telah dilakukan oleh saya dan Poon, jadi kali ini, kami memilih Asu dan Toh Nyon Nyin bagi membentangkan laporan akhir kami di hadapan penyelia.
- Berdasarkan aktiviti-aktiviti yang telah dilakukan bersama ahli kumpulan 6 dan Persatuan Autisme Muslim Malaysia, kesimpulan yang dapat saya buat adalah:
- Melalui interaksi antara kanak-kanak Autisme dan keluarga mahupun penjaga mereka, saya kini lebih bersyukur terhadap apa yang saya miliki. Bukan itu sahaja, saya turut terinspirasi dengan segelintir kanak-kanak ini atas bakat yang mereka miliki, dan kekurangan mereka bukan penghalang untuk mereka terus maju dan menonjolkan bakat mereka.
LARIAN AMAL (10 MEI 2015, SEKITAR TASEK VARSITI)
- Pada jam 8 pagi, semua peserta dan AJK kumpulan 5 dan 6 berkumpul di hadapan (DTC).
- Aktiviti ini dimulakan dengan senaman ringan yang dikendalikan oleh pelajar Sociology.
- Larian bermula dengan kanak-kanak Autisme dan penjaga mereka. Mereka dibenarkan menggunakan laluan istimewa yang berada di bahagian tengah Tasek Varsiti.
- Seterusnya, peserta wanita dilepaskan berlari terlebih dahulu. Lalu diikuti oleh peserta lelaki. Peserta lelaki dan perempuan perlu berlari sejauh 5km.
5. Setelah larian tamat, para peserta berkumpul semula di hadapan (DTC) bagi sesi senaman ringan.
6. Aktiviti selanjutnya adalah sesi penyampaian hadiah kepada peserta terawal, dan ianya adalah mengikut kategori (kanak-kanak, perempuan dan lelaki).
7. Aktiviti terakhir adalah cabutan bertuah dan juga pemberian makanan tengahari kepada peserta dan AJK.
PERSEMBAHAN AMAL (9 MEI 2015, SABTU, 2pm - 4pm)
- 2pm, kaunter pendaftaran telah dibuka dan para peserta dikehendaki mengambil tiket masuk di sana.
- 2.15pm Kedatangan para VIP (TNC,UM) dan para media massa.
- Ucapan alu-aluan daripada En. Zambri dan TNC seterusnya perasmian Hari Terbuka Autisme 2015 serta pelancaran Album Adik Umar.
- Setelah pelancaran album dilakukan, Adin Umar mula membuat persembahan:
5. Majlis diteruskan lagi dengan persembahan kanak-kanak Autistik daripada pelbagai sekolah :)
6. Persembahan tamat.
SEMINAR BERKAITAN AUTISME DI IPPP, UM (9 MEI 2015, SABTU, 8am - 12pm)
7.am:
- Kesemua ahli kumpulan tiba di IPPP bagi memastikan segala keperluan yang akan digunakan adalah lengkap.
- USHER, BABY SITTER, AJK GERAI dan AJK PENDAFTARAN mula bergerak ke tempat masing-masing.
7.30 am:
- AJK Pendaftaran (saya, Mas dan Sunita serta 3 wakil Autisme Malaysia) mula menyediakan barangan yang akan digunakan semasa pendaftaran.
- Antara perkara yang dilakukan adalah:
- Memberi tiket masuk dan tanda nama kepada peserta dan anak yang akan diberikan di pusat jagaan.
- Memberi makanan dan sijil kepada peserta.
- Membantu AJK lain seperti:
- Menjaga kanak-kanak yang berada di pusat jagaan. Di situ, para pakar akan dibantu oleh pelajar (AJK) bagi menjaga mereka. Kanak-kanak di situ turut disediakan dengan pelbagai aktiviti menarik seperti menyanyi dan bermain di dalam kumpulan.
- Apa yang saya dapati, kanak-kanak Autisme ini adalah berbeza antara satu sama lain. Terdapat kanak-kanak yang agresif (berlari-lari dan menjerit di dalam bilik tersebut, naik dan turun lif, menangis, menjerit dan sebagainya). Manakala, ada pula kanak-kanak yang pasif (hanya duduk dan memerhatikan pergerakan orang disekitarnya). Selain itu, ada pula kanak-kanak yang menangis dan ketakutan akibat terlalu ramai dan bising.
REHEARSAL UNTUK SEMINAR DAN PERSEMBAHAN AMAL (8 MEI 2015)
- Memandangkan aktiviti pada 9 Mei adalah terbuka kepada orang awam, maka kami melakukan 'rehearsal' pada hari sebelumnya bagi memastikan segalanya berjalan lancar esok.
- Memandangkan saya kurang sihat pada 8 Mei itu, maka saya tidak menghadirkan diri.
- Ahli kumpulan hanya menceritakan tentang aktiviti yang dilakukan, antaranya adalah:
- Memasang khemah untuk gerai pameran di ruang legar IPPP.
- Menyediakan 'pamphlet' untuk diedarkan kepada semua peserta.
- Melakukan 'sound-check' di auditorium agar segala peralatan elektronik adalah sesuai dan berfungsi dengan baik.
- Membuat tanda pada kerusi VIP yang bakal hadir pada persembahan amal bagi upacara perasmian Hari Terbuka Autisme 2015.
MOVIE SCREENING DAY (25 APRIL 2015)
- Sesi ini bermula dari jam 9 pagi, di Dewan Kuliah 3 Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran.
- Sesi pertama (9 pagi sehingga 11 pagi) adalah sesi pengenalan kepada Autisme dan Autisme Malaysia. Sesi ini hanya dihadiri oleh penyelia, wakil daripada Autisme Malaysia dan semua pelajar kumpulan 5 dan Kumpulan 6.
- Sesi pertama dimulai dengan pengenalan kepada Autisme (Ciri-ciri dan cara penjagaan) serta Autisme Malaysia oleh En. Hasfizal.
4. Selesai memberi penerangan berkaitan Autisme dan persatuannya, sesi diteruskan lagi dengan agihan kumpulan kerja bagi aktiviti pada 9 dan 10 Mei.
5. Antara tugasan tersebut adalah:
PENYEDIAAN MAKANAN DAN MINUMAN RINGAN BAGI 'MOVIE SCREENING' (24 APRIL 2015).
- Memandangkan kami perlu menjalankan aktiviti selama 40 jam bagi subjek Jalinan Masyarakat, selain daripada mengadakan Seminar, Persembahan Amal dan Larian Amal, kami juga bercadang untuk menayangkan sebuah filem berkaitan Autisme. Film tersebut berjudul 'RUNNING BOY @ MARATHON'.
- Penayangan filem ini akan diadakan pada 25 April, Sabtu bertempat di DK3 pada jam 11 pagi.
- Para penonton hanya dikenakan bayaran sebanyak RM2 sahaja.
- Bagi mendapatkan lebih ramai penonton, kami telah mengedarkan poster dan juga mempromosikan tayangan filem ini di laman sosial seperti FB, Twitter, Instagram dan Wechat.
PERJUMPAAN PERTAMA BERSAMA SEMUA AHLI KUMPULAN 5 (17 MAC 2015)
- Setelah perjumpaan dan perbincangan bersama wakil (AM) dan penyelia, seterusnya, kami mengadakan perjumpaan bersama ahli kumpulan 5 bagi menerangkan berkaitan apa yang perlu dilakukan.
- Perjumpaan diadakan di Cafe Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran pada 17 Mac, Selasa pada jam 11 pagi.
- Perbincangan kami merangkumi:
- Aktiviti yang akan dilakukan iaitu Seminar dan Persembahan Amal pada 9 Mei serta Larian Amal pada 10 Mei.
- Memberitahu berkaitan 'log book' iaitu setiap pelajar dikehendaki memilik Blog bagi mencatatkan segala aktiviti yang dijalankan sepanjang semester (berkaitan Jalinan Masyarakat).
gambar di atas adalah ahli kumpulan 5 ;). Zamri, Poon, Kek, Chew Chik, Bee Lan, Haura, Yee Kie, Celine, Lee Sing, Hui Min, Jia Fang, Zhen Min, Fang Xian, Afie dan Efy.
PERJUMPAAN @ MEETING BERSAMA PENYELIA DAN WAKIL (AM)
TARIKH PERJUMPAAN: *14 MAC 2015, SABTU.
*4 APRIL 2015, SABTU.
ORANG YANG TERLIBAT: *2 orang wakil daripada Autisme Malaysia iaitu En. Zambri dan En. Hasfizal.
*3 orang pensyarah iaitu Dr. Hanira (Penyelia Kumpulan 5), Dr. Nurul (Penyelia Kumpulan 6) dan pensyarah daripada Sociology.
*Pelajar iaitu Saya, Zamri, Bee Lan dan Yee Kie (Kumpulan 5) dan Mas serta Ammirul (Kumpulan 6).
14 MAC 2015:
*4 APRIL 2015, SABTU.
ORANG YANG TERLIBAT: *2 orang wakil daripada Autisme Malaysia iaitu En. Zambri dan En. Hasfizal.
*3 orang pensyarah iaitu Dr. Hanira (Penyelia Kumpulan 5), Dr. Nurul (Penyelia Kumpulan 6) dan pensyarah daripada Sociology.
*Pelajar iaitu Saya, Zamri, Bee Lan dan Yee Kie (Kumpulan 5) dan Mas serta Ammirul (Kumpulan 6).
- Dihadiri oleh En. Zambri dan En. Hasfizal (wakil daripada Autisme Malaysia), Penyelia daripada kumpulan 5 dan 6 iaitu Dr. Hanira dan Dr. Nurul serta 4 orang pelajar Efy dan Zamri - Kumpulan 5) serta (Mas dan Ammirul - Kumpulan 6).
- Antara perbincangan adalah berkaitan apa itu Autisme secara ringkas, sejarah ringkas penubuhan (AM), senarai aktiviti yang bakal dijalankan.
- Setelah mesyuarat itu berakhir, kami semua diberikan beberapa jenis makanan dan minuman ringan sambil berkongsi tentang pengalaman dan idea berkaitan Autisme dan aktiviti yang pernah dijalankan bersama UKM.
4 APRIL 2015:
- Dihadiri oleh En. Zambri, Isteri dan anaknya serta En. Hasfizal (Wakil Persatuan Autisme Malaysia), Disertai penyelia dan 4 orang murid (Saya, Mas, Yee Kie dan Bee Lan).
- Perbincangan kali ini diadakan bagi memberi skop kerja yang lebih terperinci pada 9 dan 10 Mei..
- Antara skop kerja yang telah dibincangkan bagi SEMINAR (9 MEI) adalah seperti berikut:
- 2 orang AJK makanan iaitu Efy (Kumpulan 5) dan Mas (Kumpulan 6).
- 20 orang 'babby sitting' iaitu 10 orang dari kumpulan 5 dan 10 orang dari kumpulan 6.
- 2 orang (Kumpulan 5) dan 3 orang (Kumpulan 6); USHER ATAS, penunjuk arah auditorium dan bilik penjagaan kanak-kanak.
- 3 orang (Kumpulan 5) dan 2 orang (Kumpulan 6); USHER BAWAH, penunjuk arah ke auditorium dan tempat pendaftaran.
- 5 orang AJK MAKANAN.
- BACKSTAGE dan SET-UP; semua lelaki.
- AJK GERAI JUALAN sekitar 5 orang, terdiri daripada mana-mana AJK yang telah habis menjalankan tugas.
- 10 orang bagi USHER PERSEMBAHAN; sebahagian menjaga atas pentas, 'holding area' dan sebahagian mengawal keadaan kanak-kanak yang ingin melakukan persembahan.
- 2 orang di bahagian PENDAFTARAN.
- Selebihnya menjaga GERAI JUALAN.
5. Skop kerja bagi LARIAN AMAL (10 MEI):
- PENDAFTARAN 2 orang.
- Kami turut berbincang bagi mengadakan pertandingan mengambil gambar sempena Hari Terbuka Autisme 2015; peserta dikehendaki mengambil gambar dan memuat naik di laman FB dengan #AutismOpenDay2015.
Friday, 29 May 2015
PERSATUAN AUTISME MUSLIM MALAYSIA @ AUTISME MALAYSIA (AM)
1. Memandangkan kami berkolaborasi bersama Autism Malaysia, jadi saya akan memperincikan butiran organisasi ini terlebih dahulu.
2. Persatuan Autisme Muslim Malaysia (AM) telah ditubuhkan secara rasmi pada 19 Julai 2012. Meskipun terdapat kata 'muslim' , tetapi persatuan ini turut menerima sahabat bukan Islam dan mereka juga dialu-alukan bagi menjadi ahli serta menyertai aktiviti-aktiviti yang diadakan. Keunikan persatuan ini adalah, ianya dikendalikan sepenuhnya oleh ibu bapa yang mempunyai anak Autisme.
3. Objektif utama penubuhan organisasi ini adalah atas kesedaran untuk membela nasib komuniti Autisme dan memberi sokongan kepada ibu bapa dan penjaga dalam mendidik dan membesarkan kanak-kanak istimewa ini.
4. Antara objektif lain bagi penubuhan persatuan ini adalah:
2. Persatuan Autisme Muslim Malaysia (AM) telah ditubuhkan secara rasmi pada 19 Julai 2012. Meskipun terdapat kata 'muslim' , tetapi persatuan ini turut menerima sahabat bukan Islam dan mereka juga dialu-alukan bagi menjadi ahli serta menyertai aktiviti-aktiviti yang diadakan. Keunikan persatuan ini adalah, ianya dikendalikan sepenuhnya oleh ibu bapa yang mempunyai anak Autisme.
3. Objektif utama penubuhan organisasi ini adalah atas kesedaran untuk membela nasib komuniti Autisme dan memberi sokongan kepada ibu bapa dan penjaga dalam mendidik dan membesarkan kanak-kanak istimewa ini.
4. Antara objektif lain bagi penubuhan persatuan ini adalah:
- Berkonsi maklumat dan pendedahan tentang Autisme kepada golongan masyarakat di Malaysia.
- Memperkasa pengetahuan ibu bapa atau penjaga yang mempunyai anak-anak Autisme melalui pendidikan formal dan separa formal melalui seminar, bengkel dan aktiviti kepada anak-anak Autisme.
- Memberi bantuan sumber, sokongan moral dan menjadi entiti yang memberi khidmat nasihat kepada ibu bapa yang memiliki anak Autisme, individu Autisme serta mana-mana organisasi yang mempunyai kaitan dengan mereka.
- Mengadakan aktiviti-aktiviti dan menjalinkan kolaborasi pintar dengan institusi penyelidikan, badan kerajaan atau mana-mana agensi yang berminat untuk bekerjasama membangunkan aspek pendidikan, perubatan dan kebajikan anak Autisme. Malah menerusi kolaborasi ini juga, dapat menjana pendapatan bagi mencapai objektif.
5. Sesiapa sahaja boleh menjadi ahli dalam (AM) dan keahlian terbahagi kepada Ahli Biasa dan Ahli Bersekutu.
- AHLI BIASA: Adalah warganegara Malaysia berusia 18 tahun ke atas dan beragama Islam. Pemohon adalah ibu bapa atau penjaga kepada individu Autistik atau dia adalah seorang Autistik
- AHLI BERSEKUTU: Selain ciri-ciri yang terdapat pada Ahli Biasa.
- Sesiapa yang ingin mendaftar keahlian, boleh melayari lamat berikut: http://www.autisme-malaysia.com/keahlian
6. Antara aktiviti yang sering dilakukan oleh (AM) adalah:
- Kelas Ibu Bapa.
- Ziarah dan Perjumpaan.
- Usrah.
- Riadah dan banyak lagi...
Seandainya ingin mengetahui Autisme dan persatuan ini dengan lebih lanjut, boleh layari laman berikut:
PENGENALAN KEPADA AUTISM.
1. Autism merupakan gangguan perkembangan yang sangat kompleks pada anak-anak dan mula berlaku sebelum mereka mencapai usia tiga tahun. Punca utama Autism adalah gangguan 'neurobiologis' yang telah mempengaruhi fungsi otak mereka dan akibatnya, anak-anak tersebut sukar untuk berinteraksi dan berkomunikasi dengan dunia luar secara efektif.
2. Antara ciri-ciri yang paling ketara pada mereka adalah:
2. Antara ciri-ciri yang paling ketara pada mereka adalah:
- Tidak akan membuat 'eye-contact' apabila bercakap.
- Mereka tidak mempedulikan orang dan lingkungan di sekitanya. Oleh itu, kebanyakan mereka menolak untuk berkomunikasi dan berinteraksi dengan orang lain. Akibatnya mereka mengalami kesukaran untuk memahami bahasa dan berkomunikasi secara verbal.
- Kanak-kanak Autism ini boleh dibahagikan kepada 2 kategori iaitu hiperaktif dan pasif.
3. Menurut 'Autism Research Institute' di San Diego, jumlah golongan Autistik semakin meningkat saban tahun.
- Pada tahun 1987, dianggarkan hanya 1:5000 anak adalah golongan Autistik.
- Pada tahun 2005 pula, jumlahnya meningkat menjadi 1:160 anak adalah golongan Autistik.
- Menurut kajiannya juga, golongan Autistik adalah ramai daripada golongan lelaki berbanding perempuan, iaitu dengan anggaran sebanyak 4:1.
- (http://www.autis.info/index.php/tentang-autisme/apa-itu-autisme)
4. Autisme boleh terjadi pada sesiapa sahaja tapa mengira warna kulit, agama, bangsa dan negara. Memandangkan bilangan golongan ini turut meningkat di Malaysia, maka banyak persatuan yang ditubuhkan bagi meningkatkan kesedaran dan membantu golongan berkenaan beserta keluarga mereka. Salah satu persatuan yang kami pilih bagi menjayakan program ini bersama adalah Persatuan Autisme Muslim Malaysia.
BRIEFING SESSION FOR SOCIAL ENGAGEMENT (6 MARCH 2015)
2. Kesemua penyelia dan pelajar tahun pertama (pelajar tempatan dan antarabangsa), menghadiri kuliah tersebut.
3. Antara aktiviti dan ucapan yang diberikan adalah seperti berikut:
- Pengenalan kepada subjek Universiti iaitu JALINAN MASYARAKAT.
- Perkongsian pengalaman daripada pelajar Tahun Dua dan penyelia.
- Pelajar dibahagikan mengikut kumpulan masing-masing.
4. Kumpulan 5 dan Kumpulan 6 akan membuat aktiviti yang sama iaitu berkaitan Autism. Oleh itu, kami bergabung bagi memudahkan segala urusan dengan penyeliaan daripada Dr. Nurul dan Dr. Hanira. Antara perbincangan yang dilakukan adalah:
- Sesi suai kenal bersama penyelia dan pemberian maklumat berkaitan kerjasama dengan organisasi luar.
- Pelantikan jawatan bagi setiap kumpulan (Ketua: Zamri, Penolong: Poon, Setiausaha: Erfiana).
- Ahli kumpulan juga diminta untuk meninggalkan nombor telefon masing-masing bagi memudahkan urusan.
- Seterusnya menubuhkan 'group whatsapp'.
Sunday, 10 May 2015
INTRO :)
Assalamualaikum.
Ini merupakan blog saya yang dibuat khas bagi segala laporan dan aktiviti yang kami lakukan sebelum, semasa dan selepas HARI TERBUKA AUTISM 2015.
Hari terbuka ini merupakan aktiviti yang kami adakan bagi memenuhi objektif subjek Jalinan Masyarakat.
Subjek ini pula adalah subjek baru universiti dan WAJIB diambil oleh semua pelajar tahun pertama Universiti Malaya.
Penerangan berkaitan subjek dan AKTIVITI ini akan saya perincikan pada post seterusnya :)
Subscribe to:
Posts (Atom)