Saturday, 30 May 2015

:)

DENGAN INI, BERAKHIR SUDAH TUGAS KAMI BAGI SUBJEK JALINAN MASYARAKAT. SEMOGA SEGALA APA YANG KITA LAKUKAN DAPAT DIAMALKAN PADA MASA AKAN DATANG. SEMOGA BERJAYA ;)




PEMBENTANGAN AKHIR KUMPULAN 5 (29 MEI 2015)


  1. Pembentangan akhir ini adalah untuk menyimpulkan segala aktiviti dan hasil yang kita dapati daripada aktiviti-aktiviti yang telah dilakukan. 
  2. Memandangkan pembentangan pertama (Proposal) telah dilakukan oleh saya dan Poon, jadi kali ini, kami memilih Asu dan Toh Nyon Nyin bagi membentangkan laporan akhir kami di hadapan penyelia.
REFLEKSI DIRI:

  1. Berdasarkan aktiviti-aktiviti yang telah dilakukan bersama ahli kumpulan 6 dan Persatuan Autisme Muslim Malaysia, kesimpulan yang dapat saya buat adalah:
  • Melalui interaksi antara kanak-kanak Autisme dan keluarga mahupun penjaga mereka, saya kini lebih bersyukur terhadap apa yang saya miliki. Bukan itu sahaja, saya turut terinspirasi dengan segelintir kanak-kanak ini atas bakat yang mereka miliki, dan kekurangan mereka bukan penghalang untuk mereka terus maju dan menonjolkan bakat mereka.   

LARIAN AMAL (10 MEI 2015, SEKITAR TASEK VARSITI)


  1. Pada jam 8 pagi, semua peserta dan AJK kumpulan 5 dan 6 berkumpul di hadapan (DTC).
  2. Aktiviti ini dimulakan dengan senaman ringan yang dikendalikan oleh pelajar Sociology.
  3. Larian bermula dengan kanak-kanak Autisme dan penjaga mereka. Mereka dibenarkan menggunakan laluan istimewa yang berada di bahagian tengah Tasek Varsiti.
  4. Seterusnya, peserta wanita dilepaskan berlari terlebih dahulu. Lalu diikuti oleh peserta lelaki. Peserta lelaki dan perempuan perlu berlari sejauh 5km.


5. Setelah larian tamat, para peserta berkumpul semula di hadapan (DTC) bagi sesi senaman ringan.
6. Aktiviti selanjutnya adalah sesi penyampaian hadiah kepada peserta terawal, dan ianya adalah mengikut kategori (kanak-kanak, perempuan dan lelaki).
7. Aktiviti terakhir adalah cabutan bertuah dan juga pemberian makanan tengahari kepada peserta dan AJK.

PERSEMBAHAN AMAL (9 MEI 2015, SABTU, 2pm - 4pm)


  1. 2pm, kaunter pendaftaran telah dibuka dan para peserta dikehendaki mengambil tiket masuk di sana.
  2. 2.15pm Kedatangan para VIP (TNC,UM) dan para media massa.
  3. Ucapan alu-aluan daripada En. Zambri dan TNC seterusnya perasmian Hari Terbuka Autisme 2015 serta pelancaran Album Adik Umar.
  4. Setelah pelancaran album dilakukan, Adin Umar mula membuat persembahan:

5. Majlis diteruskan lagi dengan persembahan kanak-kanak Autistik daripada pelbagai sekolah :)


6. Persembahan tamat.

SEMINAR BERKAITAN AUTISME DI IPPP, UM (9 MEI 2015, SABTU, 8am - 12pm)

7.am:

  1. Kesemua ahli kumpulan tiba di IPPP bagi memastikan segala keperluan yang akan digunakan adalah lengkap.
  2. USHER, BABY SITTER, AJK GERAI dan AJK PENDAFTARAN mula bergerak ke tempat masing-masing.
7.30 am:
  1. AJK Pendaftaran (saya, Mas dan Sunita serta 3 wakil Autisme Malaysia) mula menyediakan barangan yang akan digunakan semasa pendaftaran.
  2. Antara perkara yang dilakukan adalah:
  • Memberi tiket masuk dan tanda nama kepada peserta dan anak yang akan diberikan di pusat jagaan.
  • Memberi makanan dan sijil kepada peserta.
10.30 am:
  1. Membantu AJK lain seperti:
  • Menjaga kanak-kanak yang berada di pusat jagaan. Di situ, para pakar akan dibantu oleh pelajar (AJK) bagi menjaga mereka. Kanak-kanak di situ turut disediakan dengan pelbagai aktiviti menarik seperti menyanyi dan bermain di dalam kumpulan.
  • Apa yang saya dapati, kanak-kanak Autisme ini adalah berbeza antara satu sama lain. Terdapat kanak-kanak yang agresif (berlari-lari dan menjerit di dalam bilik tersebut, naik dan turun lif, menangis, menjerit dan sebagainya). Manakala, ada pula kanak-kanak yang pasif (hanya duduk dan memerhatikan pergerakan orang disekitarnya). Selain itu, ada pula kanak-kanak yang menangis dan ketakutan akibat terlalu ramai dan bising.


  • Saya juga sempat berada dan menjaga beberapa gerai pameran.
Gerai mewarna juga terdapat di sana. Para pengunjung hanya dikenakan bayaran RM5 sahaja.

Bersama sdr. Afif; seorang pelukis.

 12.30 pm:

  1.  Seminar tamat.


REHEARSAL UNTUK SEMINAR DAN PERSEMBAHAN AMAL (8 MEI 2015)


  1. Memandangkan aktiviti pada 9 Mei adalah terbuka kepada orang awam, maka kami melakukan 'rehearsal' pada hari sebelumnya bagi memastikan segalanya berjalan lancar esok.
  2. Memandangkan saya kurang sihat pada 8 Mei itu, maka saya tidak menghadirkan diri. 
  3. Ahli kumpulan hanya menceritakan tentang aktiviti yang dilakukan, antaranya adalah:


  • Memasang khemah untuk gerai pameran di ruang legar IPPP.
  • Menyediakan 'pamphlet' untuk diedarkan kepada semua peserta.
  • Melakukan 'sound-check' di auditorium agar segala peralatan elektronik adalah sesuai dan berfungsi dengan baik.
  • Membuat tanda pada kerusi VIP yang bakal hadir pada persembahan amal bagi upacara perasmian Hari Terbuka Autisme 2015.


MOVIE SCREENING DAY (25 APRIL 2015)


  1. Sesi ini bermula dari jam 9 pagi, di Dewan Kuliah 3 Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran.
  2. Sesi pertama (9 pagi sehingga 11 pagi) adalah sesi pengenalan kepada Autisme dan Autisme Malaysia. Sesi ini hanya dihadiri oleh penyelia, wakil daripada Autisme Malaysia dan semua pelajar kumpulan 5 dan Kumpulan 6.
  3. Sesi pertama dimulai dengan pengenalan kepada Autisme (Ciri-ciri dan cara penjagaan) serta Autisme Malaysia oleh En. Hasfizal.


4. Selesai memberi penerangan berkaitan Autisme dan persatuannya, sesi diteruskan lagi dengan agihan kumpulan kerja bagi aktiviti pada 9 dan 10 Mei.
5. Antara tugasan tersebut adalah:
  • Pendaftaran.
  • Usherer
  • Baby sitter.
  • AJK gerai dan pameran.
  • AJK makanan.
  • AJK pentas sewaktu seminar dan Persembahan Amal.
Berikut adalah gambar sewaktu pemberian skop tugasan kepada semua ahli kumpulan.